Kisah Cinta Nabi Muhammad SAW

SENANTIASA KETAWA BERSAMA ISTRI 


Memandang Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa seperti manusia-manusia yang lain, pasti keinginan dan perilaku Nabi Muhammad SAW seperti manusia kebiasaan. Tetapi, Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang sudah pasti segala perilaku kemanusiaannya dikawal oleh Allah SWT.


Dalam berkeluarga, Nabi Muhammad SAW sangat romantis dengan isteri-isterinya, sehingga diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh ’Umarah yang bertanya kepada ’Aisyah;

كيف كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا خلا مع نسائه ؟ قالت : « كان أكرم الناس وألين الناس وأحسنهم خلقا ، وكان رجلا من رجالكم وكان بساما ضحاكا »

Maksudnya;
“Bagaimana keadaan Nabi SAW ketika menyendiri bersama isteri-isterinya?. Berkata Aisyah : Baginda SAW adalah semulia-mulia manusia dan selembut-lembut manusia dan sebaik-baik akhlak dari kalangan manusia. Baginda SAW seperti lelaki lain, bahkan beliau terlalu banyak tersenyum dan ketawa (bersama isteri-isterinya)


Dari hadis ini, kita akan mendapat satu gambaran betapa Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang sangat disayangi oleh isteri-isteri beliau. Gambaran dari rasa sayang isteri baginda Nabi Muhammad SAW adalah dilihat kepada pujian yang diberikan oleh Aisyah terhadap Nabi Muhammad SAW.


Sebagai manusia yang pengertian, pasti isteri lebih mengetahui keadaan suami mereka. Segala kelemahan dan kelebihan yang wujud pada suami, pasti berada dibawah pengetahuan isteri.

Jika diperhatikan pada hadis ini, juga dari hadis-hadis yang lain, kita akan mengetahui bahwa tidak ada satu hadis pun yang pernah di keluarkan oleh isteri nabi tentang keburukan nabi SAW, menunjukkan bahwa kebaikan yang wujud dalam diri nabi adalah sesuatu yang diakui.

Pujian dari hadis ini adalah, baginda SAW adalah manusia yang terbaik dari semua sudut kehidupan; sama ada dari sudut kemuliaan, kelembutan dan akhlaknya terhadap para isterinya.

Kehebatan yang wujud ini digambarkan oleh Aisyah dengan jelas bahawa Baginda SAW semasa berdua-duaan dengan mana-mana isterinya, sering kali didapati mereka berdua tertawa bersama-sama dan senyum bersama-sama.

Senyum dan tertawa bersama isteri secara berdua-duaan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya, ia merupakan cara untuk melunakkan hati dan perasaan seseorang isteri agar rasa hidup mereka sentiasa ceria.

Disamping itu juga, dengan tertawa dan senyum berdua-duaan, akan mewujudkan satu suasana yang romantik, harmoni, ketenangan dan seterusnya mampu membangkitkan ghairah syahwat yang sudah pasti akan tercapai kehidupan yang puas dalam kehidupan berumah tangga.

Keadaan ini sebenarnya telah membenarkan sebilangan kajian ilmu Psikologi yang menyatakan bahawa, kerangsangan seks yang wujud pada perempuan tidak sama seperti kerangsangan seks yang wujud pada lelaki.

Kaum lelaki, rangangan seks mereka adalah dengan penglihatan mata, adapun perempuan, rangsangan seks mereka adalah dengan romantik, keharmonian dan dengan kata-kata manis dari lelaki
.

Justeru itu, inilah rahsia kebahagian rumah tangga yang diajar oleh nabi SAW kepada umatnya yang wajar dijadikan sebagai contoh tauladan demi mengharungi kehidupan berkeluarga yang bahagia

1 comment: